SRINAGAR – Dua anggota polis yang lari daripada tugas antara empat pemberontak yang maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di kawasan Kashmir pentadbiran India, hari ini. Menurut pihak keselamatan, pasukan mereka menyerang sebuah rumah di daerah Pulwama yang menyembunyikan militan bersenjata malam tadi. “Seorang militan terbunuh dalam pertempuran sepanjang malam manakala tiga lagi awal pagi tadi,” katanya.










