BERA – Empat sekeluarga dilaporkan maut ketika nahas membabitkan kereta jenis Perodua Viva dengan dua buah lori berhampiran Jalan Kuari Bukit Mendi di sini pukul 1.34 petang tadi.
Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, kejadian dekat Felda Bukit Mendi itu mengorbankan seorang lelaki, dua wanita serta seorang kanak-kanak perempuan.
“Semua mangsa yang meninggal dunia didapati tersepit dan disahkan maut di tempat kejadian. Seorang pemandu lori dilaporkan selamat, manakala seorang lagi mengalami kecederaan,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Setakat ini, identiti semua mangsa serta laporan penuh berhubung kejadian tersebut masih belum diperoleh. – K! ONLINE











