Empat maut, letupan menyasarkan bas di Kabul - Utusan Malaysia

Empat maut, letupan menyasarkan bas di Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL 3 Jun – Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam letupan menjadikan hari kedua penyerang menyasarkan bas, di sini hari ini. Bas tersebut membawa pekerja-pekerja pulang dari agensi pemantau kerajaan. Jurucakap Suruhanjaya Pembaharuan Pentadbiran Bebas dan Perkhidmatan Awam (IARCSC), Farid Ahmad berkata, bom tersebut telah disembunyikan pada sebuah basikal yang diletakkan di tepi jalan raya. “Malangnya, kita kehilangan empat rakan kerja, sembilan lagi mengalami kecederaan,” katanya, Bagaimanapun Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi menyatakan jumlah kematian seramai lima orang dan 10 lagi cedera melibatkan kesemua orang awam. – AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN