Dua lelaki warga asing ditahan - Utusan Malaysia

Dua lelaki warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Marin menahan dua lelaki warga asing di Perairan Ujung Pasir, Labuan dekat sini selepas disyaki masuk ke negara ini tanpa dokumen sah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, kedua-dua mereka yang menaiki bot penumpang untuk masuk ke negara ini dilihat dalam keadaan mencurigakan selepas melihat kehadiran pihak polis.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, kedua-dua lelaki itu kemudiannya ditahan pasukan bot ronda PPM yang menjalankan tugas operasi ‘Op Gelora Khas’ sempena Aidilfitri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sebaik ditahan, pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki berusia 20-an itu gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot ronda PPM sedang menjalankan operasi untuk membuat pemeriksaan terhadap semua bot di perairan negara ini bagi memastikan peraturan keselamatan sentiasa dipatuhi.

“Kedua-dua lelaki terbabit kemudiannya dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Labuan dekat sini untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Pajeri, kedua-dua lelaki warga asing itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Sementara itu, Mohamad Pajeri memberitahu, sepanjang musim perayaan ini, PPM Sabah akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjalankan operasi di perairan Sabah.

“Operasi ini adalah bagi mengekang aktiviti yang menyalahi undang-undang termasuk jenayah alam sekitar,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini