TELUK INTAN – Dua lelaki ditahan dalam serbuan semalam kerana disyaki memiliki serta mengedar dadah jenis heroin dan methampetamine melibatkan sejumlah 153 gram dengan nilai rampasan bernilai RM7,745. Kedua-dua suspek berusia 45 dan 49 tahun itu ditahan di belakang sebuah rumah tidak bernombor di Langkap, masing-masing pada pukul 5 petang dan 5.30 petang. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, hasil saringan ujian air kencing…







