KOTA BHARU – Sesiapa sahaja boleh menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dengan syarat memenuhi dua kriteria utama iaitu mampu membawa masuk sumber kewangan, selain minat tulen kepada sukan bola sepak. Bekas Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, sama ada ia dipimpin ahli politik ataupun ahli perniagaan bukanlah satu isu kerana apa yang lebih penting adalah memastikan dana Kafa terjamin. “Masalah utama semua persatuan bola sepak semestinya kewangan, (persatuan) bola…









