BERLIN – Dua butir bom daripada era Perang Dunia Kedua ditemui kelmarin di tengah-tengah Jerman di sebuah pekan di utara Frankfurt, sehingga memaksa kira-kira 2,500 penduduk diarahkan pindah sementara, kata pihak polis tempatan. Bom tentera Jerman seberat 250 kilogram (kg) dan bom tentera Amerika Syarikat (AS) seberat 50kg ditemui berdekatan satu sama lain di satu zon perindustrian di pekan Giessen, negeri Hesse. Polis memaklumkan bom tentera Jerman itu akan diletupkan…










