TAMPIN – Dua kanak-kanak masing-masing berusia tujuh dan lima tahun nyaris maut selepas lebih 15 minit terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Semelenggang dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.35 petang itu, kedua-dua adik beradik tersebut berjaya diselamatkan oleh anggota bomba yang bergegas ke rumah itu sejurus menerima laporan daripada jiran mangsa. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, S. Dullasi Nathan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 2.38 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira empat minit kemudian. “Api sedang marak membakar ruang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya