KUALA TERENGGANU – Seorang penerima biasiswa Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) 2019 yang bakal melanjutkan pengajian ke United Kingdom berkongsi pengalamannya yang rela dikurung dalam reban ayam gara-gara malas ke sekolah, 11 tahun lalu. Tengku Muhammad Ashraf Tengku Mamat, 18, berkata, walaupun cuma lima minit, namun hukuman yang dikenakan ayahnya, Tengku Mamat Tengku Ngah, 67, ketika dia baharu memulakan alam persekolahan tahun satu itu ternyata memberi pengajaran besar apabila dia…










