Denggi di Melaka membimbangkan, naik lebih 300 peratus dengan 5 kematian - Utusan Malaysia

Denggi di Melaka membimbangkan, naik lebih 300 peratus dengan 5 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Kes demam denggi di negeri ini mencatatkan peningkatan ketara kepada 904 kes bermula dari 1 Januari hingga 8 Jun lalu berbanding hanya 225 kes sepanjang tempoh sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong berkata, peningkatan kes sehingga 301.78 peratus itu dilihat amat membimbangkan malah turut meragut lima nyawa berbanding tiada kematian dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Menurutnya, bagi pecahan mengikut daerah, Melaka Tengah mencatatkan kes demam denggi paling tinggi dengan 665 kes diikuti Alor Gajah dan Jasin masing-masing 125 dan 114 kes.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akui masalah ini berpunca daripada faktor kebersihan yang semakin merosot di Melaka dan kerajaan negeri meminta rakyat negeri untuk memberi kerjasama dalam menjaga kebersihan serta membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes bagi mengurangkan risiko berkenaan.

“Walaupun pelbagai usaha sudah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri termasuk program gotong-royong serta pemeriksaan secara berkala di kawasan tumpuan, namun tanpa kerjasama daripada penduduk usaha pencegahan ini tidak dapat dilaksana sepenuhnya,” katanya ketika ditemui pada majlis Perasmian Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Melaka 2019 di Muara Sungai Melaka, Banda Hilir, di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Tey Kok Kiew yang mewakili Ketua Menteri, Adly Zahari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini