Dalang ‘Love Scam’ ditahan - Utusan Malaysia

Dalang ‘Love Scam’ ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Sanggup menggadaikan nyawa dengan terjun dari tingkat tiga sebuah apartment bagi melarikan diri daripada pihak polis.

KEADAAN kaki warga Nigeria yang terjun dari tingkat tiga sebuah apartment bagi melarikan diri daripada polis di Gombak, Selangor semalam.

Itu antara gelagat seorang daripada 142 warga asing yang ditahan polis dalam serbuan Op Flora di Apartment Desa Aman Puri, Gombak dan Apartment Vista Millenium, Subang Jaya dekat sini, tengah malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam hingga 12.30 tengah hari itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor, Pasukan Gerakan Am, Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman serta Jabatan Imigresen Selangor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Fadzil Ahmat berkata, sejak kebelakangan ini, jenayah termasuk samun bersenjata melibatkan warga Afrika di negeri tersebut semakin meningkat dan sebanyak lima kes turut dilaporkan.

Menurut beliau, pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap 284 warga asing di 94 buah rumah di dua lokasi tersebut.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 136 warga asing yang terdiri daripada 123 warga Nigeria, dua warga Bangladesh dan 12 warga Pakistan, Indonesia, Myanmar dan Filipina ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Sebanyak 96 individu ditahan di Apartment Aman Puri, Gombak manakala 40 warga asing di Vista Millenium, Subang Jaya. Dalam serbuan itu juga, seorang lelaki Nigeria mengalami patah kaki kerana cuba melarikan diri daripada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fadzil berkata, sebanyak lima warga Nigeria termasuk seorang wanita ditahan kerana terlibat dalam kegiatan ‘Love Scam’ dan merampas tiga komputer riba dan enam telefon bimbit.

Katanya, kesemua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 6 (i)(c) Akta Imigresen 1953 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini