Coutinho hadapi musim paling buruk - Utusan Malaysia

Coutinho hadapi musim paling buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO – Philippe Coutinho mengakui dia mengharungi kempen buruk musim ini bersama Barcelona tetapi berazam untuk kembali ke prestasi terbaiknya bersama Brazil menjelang aksi Copa America.

Coutinho gagal menampilkan aksi cemerlang di Camp Nou sejak berhijrah dari Liverpool pada Januari 2018 dan dikaitkan dengan perpindahan pada musim panas ini.

Manchester United adalah antara pasukan yang berminat untuk mendapatkan perancang itu dan Coutinho mengakui, musim ini sangat tidak memuaskan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Musim ini sangat teruk buat saya.

“Prestasi saya sangat teruk berbanding jangkaan saya. Hanya satu jalan untuk memulihkan perkara ini, iaitu kerja keras,” katanya kepada Marca.

Coutinho berdepan tekanan besar selepas menjadi pemain termahal dalam sejarah Barcelona walaupun mereka berjaya merangkul kejuaraan La Liga musim ini.

Bagaimanapun, Coutinho menjadi sebahagian daripada skuad yang tewas 0-4 kepada Liverpool di Anfield semasa aksi kedua separuh akhir Liga Juara-Juara.

Bintang dengan kemahiran tinggi itu menjadi buruan kelab ternama Eropah dengan Barcelona kini sedang mempertimbangkan setiap tawaran yang dikemukakan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini