RASA ikan salmon yang lemak dan berjus cukup enak sekali apabila dimasak dengan gulai tumis cili api. Gabungan ikan dari negara atas angin itu bersama-sama resipi masakan tradisional Melayu juga tidak dirasakan kekok buat Presiden Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri (Perwakilan), Datin Seri Idzina Izaidin yang menyertai kelas memasak salmon dan trout berasaskan resipi Asia. Idzina berkata, seramai 15 orang ahli Perwakilan dijemput menyertai kelas itu bersama-sama dengan ahli persatuan…










