KUALA LUMPUR – Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann mencabar barisan pemain perseorangan lelaki muda untuk berada di kelompok 30 terbaik dunia, dalam tempoh dua tahun akan datang. Beliau berkata, empat pemain muda yang baru dinaikkan ‘pangkat’ ke skuad senior – Lim Chong King, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Ng Tze Yong dan Muhammad Ziyad Md Tah perlu mempunyai misi dan visi untuk meletakkan diri mereka di ranking…










