HONG KONG – Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam memohon maaf berhubung cubaan pentadbirannya untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang membolehkan mana-mana penduduk di wilayah ini yang terlibat dalam kes jenayah diekstradisi ke China.
“Ketua Eksekutif mengaku berlaku kesilapan dalam usaha kerajaan yang telah menyumbang kepada banyak konflik dan perbalahan dalam masyarakat Hong Kong serta mengecewakan dan mencetuskan kemarahan orang ramai.
“Ketua Eksekutif memohon maaf kepada rakyat dan berjanji untuk menerima kritikan dengan ikhlas dan rendah diri,” kata kenyataan Pejabat Ketua Eksekutif. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











