JAKARTA 16 Jun – Pasukan undang-undang Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno memaklumkan terdapat sebanyak 30 orang yang bersedia untuk menjadi saksi dalam sesi perbicaraan pertikaian keputusan pilihan raya Presiden 2019 (Pilpres) di Mahkamah Perlembagaan (MK).
Namun, kesemua calon saksi berkenaan meminta supaya mereka diberi jaminan keselamatan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini.
Jurucakap pasukan tersebut, Iwan Satriawan berkata, kesemua calon saksi tersebut meminta supaya keselamatan mereka bermula saat datang ke Jakarta hingga pulang ke kawasan masing-masing diberi jaminan. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











