Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi walaupun dibuka kukuh, menjejaki prestasi pasaran Asia yang bercampur-campur, ekoran kurangnya sokongan belian serta kerugian yang dicatatkan oleh saham mewah terpilih, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.83 mata kepada 1,639.91 berbanding 1,643.74 pada penutupan Khamis, selepas dibuka 5.68 mata lebih tinggi pada 1,649.42.

Indeks bergerak antara 1,639.34 dan 1,649.57 di sepanjang dagangan pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 403 berbanding 232, manakala 335 kaunter tidak berubah, 910 tidak diniagakan dan 34 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.02 bilion unit bernilai RM690.70 juta. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini