Bursa Malaysia ditutup rendah - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Jun – Bursa Malaysia ditutup rendah diheret turun oleh aktiviti pengambilan untung di kaunter saham wajaran tinggi meskipun bursa serantau mencatatkan prestasi yang baik, kata peniaga.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 4.27 mata lebih rendah pada 1,651.20 berbanding 1,655.47 pada pukul 5 petang Isnin.

Indeks utama yang dibuka 0.33 mata lebih tinggi pada 1,655.80 pagi ini bergerak antara 1,649.81 dan 1,657.36 di sepanjang sesi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedudukan pasaran bagaimanapun positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 455 berbanding 348, manakala 401 kaunter tidak berubah, 683 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.24 bilion unit bernilai RM2.03 bilion daripada 2.28 bilion unit bernilai RM1.79 bilion pada Isnin.

Seorang peniaga berkata, Bursa Malaysia dibuka tinggi, namun turun selepas 10 minit diurus niaga diheret turun oleh jualan saham Tenaga dan saham berkaitan kewangan.

Beliau berkata ,saham di Bursa Malaysia terlebih beli, menjejaskan potensi peningkatan dalam tempoh terdekat.

“Unjuran keseluruhan masih tidak menentu dengan perang tarif Amerika Syarikat (AS)-China yang belum selesai terus menjejaskan sentimen.

“Sentimen juga kekal rapuh dengan pelabur menunggu Sidang Kemuncak G-20 di Jepun sebagai petunjuk baharu dalam pertikaian perdagangan antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu yang telah menjejaskan aset risiko,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini