Bunuh Jebon, dapat 15 bulan penjara - Utusan Malaysia

Bunuh Jebon, dapat 15 bulan penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda dipenjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membunuh seekor kucing bernama Jebon, Isnin lalu.

Tertuduh, Al Azrin Norhisham, 28, mengaku bersalah selepas pertuduhan tersebut selesai dibacakan dihadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan pertuduhan dikemukakan, pekerja gerai makanan tersebut didakwa meneruskan niat tidak munasabah menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing jantan.

Kesalahan tersebut itu dilakukan lelaki berkenaan di tangga Blok A3, Jalan 4/27a, Seksyen 2, Wangsa Maju Setapak, di sini, pukul 1.30 tengah hari, pada 10 Jun lalu.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mohd. Ashif dibuat mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini