‘Bulls-eye’ Ellison musnahkan Khairul - Utusan Malaysia

‘Bulls-eye’ Ellison musnahkan Khairul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemanah Amerika Syarikat (AS), Bradly Ellison memusnahkan impian Khairul Anuar Mohamad untuk merangkul kejuaraan dunia buat kali pertama selepas menumpaskan jaguh negara itu dalam penentuan shoot-off saingan akhir recurve individu lelaki Kejohanan Memanah Dunia 2019 di Hertogenbosch, Belanda, hari ini.

Ellison, pemanah No. 3 dunia melakukan ‘bulls-eye’ (bidikan tepat 10 mata) dalam aksi shoot-off, namun Khairul Anuar hanya mampu membalas dengan bidikan lapan mata.

Pemanah kelahiran Terengganu itu bagaimanapun memberi tentangan hebat kepada Ellison apabila mengikat kedudukan 5-5 selepas tamat lima set untuk mengheret saingan ke penentuan shoot-off.

Memuatkan artikel berkaitan…

Biarpun tewas, namun pencapaian Khairul Anuar, 27, tetap membanggakan kerana dia bukan sahaja sudah mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo lebih awal, malah menjadi pemanah Malaysia pertama meraih pingat dalam kejohanan berprestij itu.

Ellison pula hadir dengan reputasi besar bergelar juara dunia sebanyak dua kali selain telah mengumpul 19 emas bagi acara individu dan berpasukan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini