Buffon ucap selamat tinggal - Utusan Malaysia

Buffon ucap selamat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Penjaga gol legenda, Gianluigi Buffon meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) hanya selepas semusim bersama gergasi bola sepak Perancis itu.

Buffon yang membantu Itali merangkul Piala Dunia 2006 tiba di Paris pada Julai lalu selepas membuat 656 penampilan sepanjang 17 tahun bersama Juventus.

Dia membuat 17 penampilan bersama PSG untuk membantu mereka menjuarai divisyen satu Liga Perancis tetapi gagal menambah trofi Liga Juara-Juara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang yang budiman di atas dan di luar padang. Rakan sepasukan yang luar biasa.

“Kami doakan yang terbaik buat anda pada masa akan datang,” tulis PSG dalam Twitter.

Buffon, 41, dalam Instagram turut memuji penyokong kelab kerana mengalu-alukan kedatangannya biarpun dalam tempoh yang singkat.

“Ernest Hemingway menulis, ada dua tempat di dunia yang mana anda boleh hidup dengan gembira..di kampung halaman sendiri dan Paris.

“Paris dalam beberapa segi, ia akan kekal sebagai rumah saya..Allez Paris!!,” tulisnya.

Buffon mendedahkan, dia memilih untuk tidak menerima tawaran pembaharuan kontrak yang berakhir bulan ini.

Penjaga gol berusia 41 tahun itu belum memutuskan sama ada dia akan terus bermain buat skuad kebangsaan atau tidak, namun tidak menolak untuk menjadi jurulatih Itali.

“Saya tidak mahu menjadi jurulatih buat pasukan kelab tetapi saya mahu menjadi jurulatih skuad kebangsaan,” katanya sebelum ini.

Pemergian Buffon dikatakan untuk memberi laluan kepada David de Gea menyertai juara Ligue 1 itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini