Brazil tamatkan badi penalti - Utusan Malaysia

Brazil tamatkan badi penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTO ALEGRE, Brazil – Penjaga gol Brazil, Alisson memuji semangat juang rakan-rakan sepasukan ketika menyingkirkan Paraguay menerusi penentuan sepakan penalti untuk mara ke separuh akhir Copa America, hari ini.

Tuan rumah hampir berdepan mimpi ngeri apabila saingan diheret ke penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga tamat masa tambahan.

Brazil yang kalah kepada Paraguay dalam dua penentuan sepakan penalti pada suku akhir Copa America sebelum ini bagaimanapun menamatkan badi tersebut apabila menang 4-3.

Memuatkan artikel berkaitan…

Alisson yang juga penjaga gol Liverpool cemerlang apabila menyelamatkan cubaan pertama Paraguay menerusi Gustavo Gomez sebelum Derlis Gonzalez gagal menyempurnakan

penalti.

“Kami berhak menang. Menentang lawan yang tidak mahu bermain dan hanya mengharapkan serangan balas adalah situasi yang sukar

“Kami sudah mara selangkah, ada dua langkah lagi untuk mencapai objektif muncul juara Copa America,” kata Alisson.

Gabriel Jesus yang mengambil sepakan terakhir Brazil mengakui berdebar selepas gagal menyempurnakan penalti dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Peru.

“Pada perlawanan terakhir, saya tidak melihat penjaga gol dan hanya melakukan rembatan sekuat mungkin. Penjaga gol menyelamat tendangan itu dengan hebat.

“Hari ini, saya melakukannya seperti biasa, melihat dengan tenang penjaga gol dan saya dapat lihat dia bergerak ke kiri, dan saya melorongkan bola ke arah berlawanan,” kata Jesus

Paraguay terpaksa meneruskan aksi dengan 10 pemain selepas Fabian Balbuena dibuang padang pada minit ke-58 kerana mengkasari Roberto Firmino. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini