SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak mengusik bertanya ke mana perginya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, yang tidak muncul-muncul sewaktu beliau datang ke Shah Alam sebentar tadi. Melalui Facebooknya, Najib yang kerap kali menjadikan Khalid sebagai bahan usikan berkata, Menteri Wilayah Persekutuan tersebut yang digelarnya ‘Tauke Harapan Coin’ mungkin tengah sibuk. “Biasanya saya minta orang tag saya lepas bergambar. Ni (gambar ini) tolong saya tag Khalid…










