AWANG tidak mempertikaikan keikhlasan kerajaan melalui Kementerian Kewangan untuk menurunkan harga kadar bayaran tol di seluruh negara melalui langkah mengambil alih lebuh raya bertol di seluruh negara. Tetapi Awang berharap ia akan dilakukan secara berhati-hati dan bukan sekadar mahu menunjukkan kepada rakyat, kerajaan sedang berusaha menurunkan kadar tol seperti mana dijanjikan dalam manifesto pilihan raya. Berdasarkan pandangan beberapa pakar ekonomi, mereka tidak senang dengan langkah kerajaan mahu mengambil alih lebuh…










