KUALA LUMPUR 18 Jun – Produser jutawan, Datuk A. Aida mengesahkan bukan lagi isteri kepada pelakon Ariff Aziz. “Benar, kami sudah bercerai pada April lalu,” beritahu A. Aida kepada Utusan Online. Perkahwinan pasangan ini hanya bertahan sekitar sembilan bulan. Menurut A. Aida, 49, dia reda dengan perpisahan itu, meskipun tahu dirinya akan dikaitkan dengan kontroversi lagi selepas ini. “Jodoh pertemuan, ajal maut dalam jagaan Allah SWT. Saya sendiri tidak mahu…









