JOHOR BAHRU – Pasaraya Econsave Malaysia memandang serius dakwaan wujudnya ayam mentah yang disembelih dengan secara tidak sah mengukut syarak seperti yang ditularkan dalam media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Pengurus Besarnya, Mas Imran Adam berkata, pihaknya mendapatkan bekalan ayam daripada pembekal yang memiliki sijil halal keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Saya faham akan kebimbangan pengguna dalam soal ini dan saya menjamin ayam mentah yang dijual di pasar raya ini adalah halal.
“Kami juga telah berhubung dengan pihak Jakim berhubung perkara ini dan satu laporan polis juga telah dibuat manakala tindakan undang-undang sedang dipertimbangkan untuk diambil terhadap individu yang menyebarkan tuduhan terbabit,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
Tambah beliau, pihaknya turut menyeru masyarakat untuk tidak berasa ragu-ragu dengan produk yang dijual di pasar raya itu. – UTUSAN ONLINE











