Bekalan air di Hospital Serdang, Putrajaya belum pulih - Utusan Malaysia

Bekalan air di Hospital Serdang, Putrajaya belum pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hospital Serdang dan tiga kawasan di Putrajaya antara yang terjejas akibat insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih dekat sini masih belum pulih sepenuhnya mengikut pemantauan di lapangan dan bacaan tekanan di sistem agihan, pada pukul 12 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, gangguan bekalan air tidak berjadual di kawasan Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang juga disebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dekat sini telah pulih pada tahap 99 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, berdasarkan pemantauan di lapangan dan bacaan tekanan di sistem agihan, bekalan air di Hulu Langat telah pulih sepenuhnya.

“Bekalan air di 98 kawasan Sepang dan 83 kawasan Kuala Langat dijangka akan pulih sepenuhnya pada pukul 9 malam ini.

“Antara kawasan yang masih dalam proses pemulihan ialah Presint 14, 15 dan 16 di Putrajaya serta Kg. Sungai Kelambu, Telok Mengkuang dan Taman Dato’ Hormat di Kuala Langat.

“69 kawasan Petaling pula telah pulih pada tahap 99 peratus. Bagaimanapun, Hospital Serdang masih tidak mempunyai bekalan air sepenuhnya dan dijangka akan pulih pada pukul 6 pagi, esok,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini