BEBC Labuan pertingkat hubungan ekonomi dengan selatan Filipina - Utusan Malaysia

BEBC Labuan pertingkat hubungan ekonomi dengan selatan Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN 17 Jun – Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (BEBC) Labuan meningkatkan hubungan ekonomi dengan selatan Filipina dalam bidang pembangunan pelancongan, kata Pengerusinya, Azhar Othman.

Beliau berkata beberapa isu ekonomi dibincangkan dengan pengusaha industri terutamanya di provinsi Palawan di selatan Filipina termasuk bersama-sama merintis laluan udara baharu menghubungkan Labuan-Palawan-Labuan.

Laluan udara itu boleh menawarkan perkhidmatan menggunakan pesawat ATR turboprop oleh operator di republik itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh kerana Labuan mempunyai hubungan sejarah dengan Brooke’s Point of Palawan (sebuah perbandaran), ditambah dengan usaha pelancongan serupa, kami akan memperkenalkan laluan udara baharu bagi menawarkan perkhidmatan untuk kedua-dua rantau,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya, kertas kerja komprehensif akan dikemukakan kepada pihak berkuasa kedua-dua negara untuk kelulusan.

Beliau berkata, BEBC turut memberi tumpuan pada industri hospitaliti menerusi program bertukar-tukar ilmu pengetahuan dan latihan yang diadakan dengan pelatih dan staf hotel di Filipina.

“Walaupun terdapat perkhidmatan antarabangsa ditawarkan pengusaha hotel di sini (Labuan), kami masih boleh meningkatkannya dengan mempunyai kemahiran hospitaliti dan bertukar-tukar ilmu pengetahuan dan menjalani latihan dengan pelatih hotel di Filipina di hotel-hotel kami di sini,” kata Azhar. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini