JITRA – Syarikat pemaju hartanah, BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land) melancarkan projek perumahan baharu dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM45 juta di Bandar Darulaman, di sini. Pengarah Eksekutif BDB Land, Tunku Fauzi Tunku Abdul Malek berkata, kediaman di bawah projek Simfoni West itu merangkumi 75 unit rumah model Akustika berharga RM360,000 dan 28 unit model Duet II berharga RM472,000. Menurutnya, kedua-dua model tersebut adalah bagi rumah jenis teres dua tingkat dan Semi-D satu tingkat yang mampu memenuhi permintaan penduduk khususnya yang tinggal di kawasan berkenaan dan Alor Setar.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya