MELAKA – Meskipun Ramadan sudah kian menghampiri penghujung namun ia tidak menghalang pusat rekreasi dan penginapan Bayou Lagoon Park Resort (Bayou Lagoon) untuk melaksanakan program kemasyarakatan bersama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) hari ini. Menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu, kedua-dua pihak bergotong-royong menyiapkan 1,000 bekas bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada penduduk bandar raya ini di hadapan kompleks beli-belah Melaka Mall di sini. Menurut Pengarah Urusan Bayou Lagoon,…










