Batshuayi, Hazard main bagpipe - Utusan Malaysia

Batshuayi, Hazard main bagpipe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS – Bintang Belgium, Michy Batshuayi dan Thorgan Hazard mencuri perhatian ramai dengan bermain bagpipe sebelum aksi menentang Scotland bagi kelayakan Euro 2020.

Kedua-dua pemain itu turut mengenakan pakaian tradisional Scotland, kilt.

Selepas mengenakan pakaian itu, Hazard berkata kepada Batshuayi: “Awak nampak hebat berpakaian begini.”

Memuatkan artikel berkaitan…

“Awak juga nampak kemas. Cuma awak perlu bercukur!” kata Hazard.

Mereka kemudiannya diminta untuk menanggalkan seluar pendek mereka kerana ia merupakan sebahagian daripada tradisi masyarakat Scotland ketika memakai kilt.

“Adakah ini satu gurauan? Kami perlu buka seluar dan memberitahu orang ramai bahawa kami tidak memakai seluar,” kata Batshuayi.

Mereka kemudiannya tergelak dan kedua-dua pemain itu mencuba untuk bermain alat muzik bagpipe.

“Saya rasa awak lebih baik daripada saya. Tetapi lebih baik kita fokus kepada bola sepak sahaja,” kata Hazard.

“Saya juga rasa begitu tetapi awak juga tidak kurang hebat. Betul, kita serahkan alat muzik ini kepada warga Scotland dan kita beri tumpuan kepada bola sepak,” kata Batshuayi.

Skuad kendalian Roberto Martinez itu sebelum ini menundukkan Kazakhstan 3-0 sekali gus mengukuhkan cengkaman Belgium selaku pendahulu Kumpulan I dengan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini