Bapa bersama rakan rogol anak OKU - Utusan Malaysia

Bapa bersama rakan rogol anak OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU – Seorang bapa sepatutnya menjadi pelindung kepada anaknya.

Namun ciri-ciri itu tiada pada seorang warga emas berusia 63 tahun apabila tergamak merogol anaknya sendiri yang juga orang kurang upaya (OKU) pembelajaran dalam dua kejadian berasingan di Kampung Baru Pauh, di sini pada pertengahan Mei lalu.

Malah lelaki itu juga bersubahat dengan seorang rakannya berusia 53 tahun yang berperanan membawa mangsa ke lokasi-lokasi tertentu untuk dia melepaskan nafsu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbuatan tidak bertanggunjawab itu terbongkar apabila mangsa berusia 28 tahun mendedahkan penderitaannya itu kepada jiran sebelum mereka membuat laporan polis semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, menurut keterangan mangsa, bapanya itu melakukan perbuatan tersebut kali pertama di rumah mereka di Kampung Baru Pauh kira-kira pukul 8.30 malam, pada Mei lalu.

“Kemudian pada bulan yang sama, mangsa telah dibawa oleh rakan bapanya itu ke sebuah kebun sebelum lelaki tersebut sekali lagi bertindak merogol anaknya.

“Difahamkan suspek bersubahat dengan rakannya bagi melakukan perbuatan itu terhadap anak perempuannya,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mushar, sebelum ini mangsa tidak tahu untuk melapor dan mengadu perkara berkenaan selain pertuturan wanita itu juga tidak jelas.

Malah kata beliau, ibu serta adik mangsa juga yang berstatus OKU pembelajaran sepertinya dan sekali gus menyukarkan lagi keadaan wanita itu yang tersepit dengan keadaan tersebut.

“Arahan pemeriksaan khusus di hospital sudah dikeluarkan ke atas mangsa untuk tujuan pemeriksaan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

“Hasil laporan awal perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, kedua-dua suspek tersebut telah ditahan dan direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini