GUA MUSANG 2 Jun – Manusia tertinggi di negara ini, Mohd. Azli Hisyam Abdul Ghafar, 25, gembira apabila menerima sumbangan empat pasang baju raya, petang semalam. Pakaian ditempah khas untuk Mohd. Azli yang tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3 itu disumbangkan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua Musang (Peka GM) dan Majlis Belia Jajahan Gua Musang (MBJGM). Penyerahan baju raya itu dilakukan Penaung Peka, Datuk Roshaimi Razak, Pengerusi Peka…










