BERA – Sebuah asrama yang menempatkan pekerja Bangladesh di Ladang Triang 1 di sini musnah dalam kebakaran pagi ini.
Ketua Balai Bomba Triang, Muhammad Redzuan Rahimpudin berkata, kebakaran kira-kira pukul 11.30 pagi itu memusnahkan sederet asrama pekerja.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semasa kejadian semua pekerja keluar bekerja.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Pada masa ini kita masih menyiasat punca kebakaran dan kos kerugian,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, bomba yang tiba pada pukul 12 tengah hari berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan lain. – UTUSAN ONLINE











