LABUAN – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM)) Labuan akan meningkatkan langkah pemeriksaan keselamatan semasa cuti panjang Hari Raya Aidilfitri bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini serta kegiatan penyeludupan.
Sebuah bot laju dari Labuan menghala Sipitang dan Menumbok di tanah besar telah ditahan di tengah lautan pagi ini di mana setiap 10 penumpang termasuk, krew dan juragan diperiksa dengan teliti.
Selain bot, setiap feri yang akan berlepas dari Labuan ke Menumbok juga diperiksa dan manifes diteliti bagi menetukan operator feri membawa penumpang dan kenderaan mengikut had beban dan kapasiti.
Ketua Penguatkuasa APMM Labuan, Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata pemeriksan mengejut dilakukan bagi menentukan operator boat penumpang serta feri mematuhi sepenuhnya prosedur keselamatan.
“Kita tidak mahu ada laporan tentang bot dan feri terlebih muatan terutama pada musim perayaan ini kerana soal keselamatan penumpang sangat penting,”, ujarnya. – Bernama











