SUNGAI PETANI – Seorang penduduk cemas apabila kereta miliknya yang diletakkan di hadapan rumah dimasuki seekor beruk jantan dalam kejadian di Kampung Sidam, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, penduduk terbabit terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Muda kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku. Pegawai APM daerah itu, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, seramai empat orang anggotanya terus bergegas ke lokasi setelah menerima…