SEPANG – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) hari ini telah melancarkan Anjung Spotter, iaitu dek pemerhati pesawat luar pertama seumpamanya di negara ini dalam usaha mempertingkat serta menggalakkan aktiviti pemerhatian pesawat (plane spotting). Pembukaan dek yang mampu menampung sehingga 40 orang pada sesuatu masa itu sekali gus mewujudkan satu lokasi tumpuan pelancongan baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menerusi kemudahan baharu tersebut, orang ramai boleh menggunakan dek itu untuk menikmati panorama pelbagai pesawat berlepas dan mendarat dari perspektif sebuah lokasi strategik yang terletak dalam lingkungan perimeter 10 kilometer…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya