Anak perantauan pulang beraya dinasihat jaga kebersihan, jimat air - Utusan Malaysia

Anak perantauan pulang beraya dinasihat jaga kebersihan, jimat air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Anak Kelantan di perantauan yang pulang ke kampung halaman untuk beraya diharap mengikuti dan memberi sokongan kepada program “Kelantanku Bersih dan Ceria” supaya dapat bersama-sama menjaga kebersihan sama ada di jalan raya, di kampung halaman, atau di mana sahaja berada.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam perutusan sempena Aidilfitri turut menasihatkan supaya penggunaan air tidak dibazirkan dengan pertambahan jumlah perantau yang masuk ke Kelantan di musim perayaan ini.

Beliau berkata, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini dijangkakan tidak kurang sejuta anak perantau akan pulang ke kampung masing-masing dan ini sudah pasti memerlukan banyak penggunaan air.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi kawasan-kawasan yang mempunyai kekurangan air dan berisiko, kerajaan menyediakan tangki-tangki statik di lokasi tertentu. 

“Hendaklah kita juga berjimat cermat dan elakkan pembaziran air supaya diberi keberkatan dan dapat kita menyambut hari raya dengan penuh kasih sayang,” katanya.

Jelasnya, sempena perayaan Aidilfitri kali ini orang ramai diharap dapat gunakan peluang ini untuk bersama-sama bermaafan dan saling mengunjungi antara satu sama lain sama ada bersama kaum keluarga, sanak-saudara, sahabat handai dan kenalan.

“Kepada anak-anak Kelantan di perantauan yang akan pulang ke Kelantan dengan kenderaan, sentiasalah berhati-hati dan mengikut peraturan serta nasihat sepanjang perjalanan dan jangan lupa membaca doa memohon keselamatan dalam perjalanan,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini