Aligator baham kereta polis - Utusan Malaysia

Aligator baham kereta polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOORINGSPORT, Louisiana – Seekor aligator liar dilaporkan menggigit sebuah kereta peronda polis sebelum reptilia tersebut melarikan diri dalam insiden di sini, Isnin lalu, demikian menurut stesen televisyen WBRZ-TV.

Stesen televisyen tersebut melaporkan, pembantu-pembantu sherif bergegas ke Lebuh Raya Lousiana 1 di Caddo Parish di sini selepas mereka dimaklumkan mengenai kemunculan seekor aligator di tengah lebuh raya itu.

Pejabat sherif menyatakan, anggota-anggota polis tersebut sedang menunggu pakar hidupan liar tiba ke lokasi kejadian apabila aligator berkenaan membaham sebahagian bampar hadapan kereta mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pembantu-pembantu sherif itu menganggarkan aligator tersebut memiliki panjang kira-kira 2.4 meter.

Gambar daripada akaun Facebook Pejabat Sherif Caddo Parish menunjukkan reptilia itu bersama berada berhampiran cebisan gril berwarna hitam milik kereta peronda polis berkenaan.

Pihak berkuasa memaklumkan, aligator berkenaan berjaya melepaskan diri sebelum pakar hidupan liar tiba. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini