BANGKOK 28 Jun – Akhbar harian Thailand The Nation menerbitkan edisi cetakan terakhirnya hari ini selepas 48 tahun akhbar itu berada di pasaran. Akhbar harian berbahasa Inggeris itu yang terkenal dengan laporan berita bebasnya, akan beroperasi dalam talian sepenuhnya. Dalam edisi terakhirnya hari ini, akhbar harian itu menerbitkan editorial khas di halaman depannya bertajuk, A New Beginning at 48. Ia berkata akhbar harian itu melakukan perubahan beralih daripada edisi cetak…










