Aidilfitri paling istimewa - Utusan Malaysia

Aidilfitri paling istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AIDILFITRI di Perlis pada tahun ini berbeza berbanding sebelum ini.

Manakan tidak apabila para pemimpin UMNO dan Pas yang sekian lama bermusuhan, saling kunjung-mengunjungi ke rumah terbuka masing-masing.

Suasananya begitu istimewa dan meriah, malah turut disertai oleh pelbagai lapisan pemimpin serta penyokong oleh kedua-dua parti terbesar orang Melayu dan Islam itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Suasana yang dilihat itu adalah antara hikmah terbesar pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan orang Melayu kembali bersatu melalui penyatuan UMNO dan Pas ini.

Semalam, pada majlis rumah terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji oleh wakil rakyat Pas dan Mata Ayer (UMNO), pemimpin tertinggi daripada kedua-dua parti itu hadir di kedua-dua lokasi.

Antaranya seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin; Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli.

AZLAN MAN (dua dari kiri) berbual dengan Hashim Jasin (jubah putih)
AZLAN MAN (dua dari kiri) berbual dengan Hashim Jasin (jubah putih) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim (baju merah jambu) dan pemimpin Pas dan UMNO lain dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di Guar Sanji, Arau, Perlis semalam. – UTUSAN ONLINE

Malah di kampung-kampung dan kawasan yang menjadi kubu kuat parti masing-masing turut meriah dengan kehadiran rakan-rakan dari parti berbeza – meskipun ada yang tidak bertegur sapa sebelum ini akibat berbeza fahaman politik.

Bagi Mohd. Shukri, Aidilfitri tahun ini cukup istimewa apabila pemimpin kedua-dua parti itu saling kunjung mengunjung dengan mengenepikan persengketaan selama ini.

Katanya, setelah puluhan tahun berseteru, kepemimpinan kedua-dua parti negeri itu duduk bersama menghubungkan silaturahim.

Malah, beliau sendiri meluangkan masa memenuhi hampir keseluruhan jemputan rumah terbuka Aidilfitri pemimpin-pemimpin UMNO.

“Tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata betapa istimewanya Aidilfitri tahun ini dan ia sesuatu yang tidak pernah difikirkan selama ini.

Jika dahulu, orang Pas hadir ke rumah orang Pas, tahun ini, pemimpin dan penyokong kedua parti ini saling kunjung mengunjungi.

“Diharapkan suasana seperti ini akan terus berkekalan. Cukup manis apabila melihat orang Melayu dan Islam mula bersatu,” katanya yang juga ADUN Sanglang.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini