Aidil idam skuad penuh - Utusan Malaysia

Aidil idam skuad penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 15 Jun – Ketua jurulatih Kedah Aidil Sharin Sahak menaruh harapan semua pemainnya dapat turun beraksi pada saingan Liga Super bertemu PKNS pada Selasa ini.

Aidil berkata ia sebagai persiapan menilai keupayaan pasukan sebelum pertemuan lebih getir separuh akhir Piala FA bertemu Felda United di Stadium Darul Aman pada 22 Jun ini.

“Menurunkan semua pemain utama sangat penting bagi melihat kemampuan dan persediaan pasukan sebelum pertemuan itu. InsyaAllah perlawanan seterusnya pasukan lebih bersedia bertemu PKNS di Shah Alam dan saya harap semua pemain dan dua pemain import baharu dapat beraksi dengan baik walaupun tempoh singkat mengembalikan semula kekuatan pasukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya juga harap Jonatan Jesus Bauman dapat kembali beraksi dan tiada pemain cedera selepas pertemuan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan bertemu Pahang yang berkesudahan seri 0-0 di sini semalam.

Mengulas perlawanan malam tadi, Aidil berkata secara keseluruhannya Kedah bermain agak baik pada 15 minit terahir perlawanan apabila banyak mencipta peluang dan melakukan serangan ke kubu Pahang.

Katanya walaupun tanpa beberapa tonggak utama, anak buahnya mampu memberi saingan yang sengit buat Pahang hasil semangat berpasukan.

“Tiada tonggak utama Itu bukan alasan kerana Pahang juga turun tanpa tiga pemain utama dan kita akan terus memperbaiki kelemahan yang ada menjelang dua perlawanan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih pasukan Pahang Dollah Salleh berkata beliau berpuas hati dengan permainan mantap yang ditunjukkan pemainnya.

“Kita juga banyak juga cipta peluang, cuma tidak bernasib baik untuk buat jaringan itu saja,” katanya.

Dollah turut memuji dua pemain import, Dickson Nwakaeme dan Lazarus Kaimbi yang diturunkan semula selepas kecederaan dan bermain dengan baik,”katanya yang berharap keserasian dua pemain ini lebih menyerlah pada perlawanan akan datang. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini