TEMERLOH – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan memasyhurkan masjid baharu Temerloh dengan nama Masjid Sultan Haji Ahmad Shah al-Mustain Billah sempena nama ayahanda baginda. Seri Paduka yang tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata ketika mengingati jasa Sultan Ahmad Shah mahu masjid itu dinamakan nama ayahanda baginda meskipun pada awalnya dicadangkan sempena nama Seri Paduka. “Awalnya kerajaan Pahang berhasrat memasyhurkan masjid ini…










