Agong bertemu Putera Mahkota Abu Dhabi - Utusan Malaysia

Agong bertemu Putera Mahkota Abu Dhabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengadakan perbincangan dengan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Pertemuan itu berlangsung di Istana Presiden di sini pada hari kedua lawatan khas tiga hari Seri Paduka ke negara Teluk Arab ini. Sultan Abdullah berangkat tiba di Abu Dhabi pada Rabu.

Sheikh Mohamed kemudian meraikan Sultan Abdullah dalam majlis santapan tengah hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis di istana itu dimulakan dengan upacara sambutan rasmi keberangkatan Sultan Abdullah.

Tembakan meriam kehormatan dilepaskan dan lagu kebangsaan Malaysia Negaraku dimainkan.

Turut hadir Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, Duta Malaysia di UAE, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Datuk Yubazlan Yusof.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur sebelum lawatan itu, Kementerian Luar berkata, lawatan khas Sultan Abdullah ke UAE melambangkan kemesraan dan keakraban hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Ini merupakan lawatan sulung Sultan Abdullah ke UAE selepas mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 31 Januari. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini