SUATU ketika dahulu, Adam Corrie sangat dikenali dengan watak-watak antagonis. Dalam filem KL Gangster, siapa yang tidak kenal watak samseng bernama Dragon yang mencetus fenomena tersendiri dalam kalangan penonton. Bagaimanapun, sejak memeluk Islam pada 2007, kerjaya lakonannya tidak lagi kencang seperti dahulu. Adam atau Islamnya, Adam Corrie Lee Abdullah, 51, sebaliknya, banyak menghadiri program-program masjid atau keagamaan. Ditanya sama ada dirinya sudah berhenti berlakon atau masih terbuka untuk menjayakan watak-watak…










