KUALA LUMPUR – Sebanyak 71 tan dadah dianggarkan bernilai RM213 juta dirampas sejak awal Januari hingga 15 Jun lepas, kata Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat. Beliau berkata, antara dadah sintetik yang dirampas ialah syabu (3.6 tan), pil ekstasi 457 kilogram (kg) serta pil erimin 5 (57 kg) manakala dadah tradisional pula iaitu ketum (66 tan) dan ganja (0.5 tan). Beliau berkata dalam tempoh…










