KOKOPO 27 Jun – Kira-kira 5,000 penduduk berhampiran Gunung Ulawan di Papua New Guinea terpaksa meninggalkan kediaman mereka apabila gunung berapi paling berbahaya di dunia itu mula memuntahkan lava sejak semalam. AFP yang memetik Ketua Balai Cerap Gunung Berapi Rabaul, Steve Saunders sebagai berkata, memandangkan letusan berterusan dan keadaannya tidak boleh diramalkan, status amaran dinaikkan kepada tahap dua iaitu berwaspada Katanya, aliran lava turut melimpah keluar dengan letusan gunung berapi itu menghamburkan debu tebal setinggi kira-kira 13 kilometer ke angkasa sehingga menyebabkan langit berubah menjadi gelap selain mengotorkan kenderaan. -AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya