KHARTOUM 10 Jun – Empat penunjuk perasaan terbunuh ketika menyertai kempen keingkaran awam yang digerakkan semalam susulan insiden keganasan yang meragut puluhan nyawa rakan mereka, awal minggu lalu.
Arab News melaporkan, dalam kejadian itu, polis Sudan terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah kumpulan penunjuk perasaan apabila situsai menjadi di luar kawalan.
Tindakan itu dibuat selepas kumpulan protes terbabit menyekat laluan di daerah Bahari, utara Khartoum dengan tayar, batang pokok dan batu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kempen keingkaran awam itu dilancarkan buat pertama kali untuk menentang pemerintahan bekas Presiden, Omar al-Bashir pada Disember lalu. -AGENSI











