32,000 anggota keselamatan ditempatkan di seluruh Jakarta - Utusan Malaysia

32,000 anggota keselamatan ditempatkan di seluruh Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 14 Jun – Puluhan ribu anggota keselamatan ditempatkan di seluruh bandar raya ini sebagai langkah berjaga-jaga ketika sesi perbicaraan pertama berhubung Perselisihan Hasil Pemilihan Umum (PHPU) 2019 bermula di Mahkamah Perlembagaan (MK) hari ini.

Jurucakap polis, Dedi Prasetyo berkata, sebanyak 32,000 anggota polis dan anggota tentera ditempatkan di kawasan utama di Jakarta bagi membendung sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Pasukan polis turut dilengkapi dengan beberapa peralatan termasuk gas pemedih mata dan meriam air, namun tiada peluru hidup digunakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasukan keselamatan tidak akan menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan jika berlaku sebarang demonstrasi,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini