30 juta pound nilai Hakim - Utusan Malaysia

30 juta pound nilai Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Ajax meletakkan tanda harga bernilai 30 juta pound (RM157 juta) terhadap Hakim Ziyech dan itu nilai yang perlu dibayar oleh Arsenal dan Liverpool yang sebelum ini menyatakan minat mereka untuk mendapatkan khidmat pemain sayap tersebut.

Pemain Maghribi itu mengharungi musim yang menakjubkan bersama Ajax selepas membantu pasukannya menjuarai Eredivisie serta mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.

Frenkie de Jong sudah dijual kepada Barcelona dengan harga 65 juta pound (RM314 juta) menurut media tempatan, The Mirror dan difahamkan Ziyech tidak akan meninggalkan Ajax dengan nilai kurang daripada 30 juta pound.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika tumpuan diberikan kepada De Jong dan Matthjis de Ligt selepas membantu Ajax memenangi kejayaan berganda di peringkat domestik, Ziyech menerima anugerah pemain terbaik tahunan kelab.

Pemain itu menjaringkan 21 gol dan mencipta 24 gerakan gol sekali gus menjadi musim terbaiknya bersama Ajax.

“Dia akan pergi apabila kelab terkemuka tampil untuk membelinya. Banyak kelab besar cuba mendekatinya. Kami janji kepada Hakim bahawa dia akan mendapat tawaran yang lumayan,” kata pengarah Ajax, Marc Overmars yang bersetuju untuk melepaskan Ziyech pada pasaran perpindahan musim panas ini.

Liverpool mahu memperkuatkan jentera serangan mereka selepas menjuarai Liga Juara-Juara pada musim ini manakala Arsenal memerlukan pemain yang kreatif untuk membantu Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini